(^_^)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers






Sunday, February 26, 2012

sape tu wanita =)

assalammualaikum =)


Hati Seorang Wanita

Kenalilah wanita menerusi sifat semulajadi yang ada pada setiap wanita.

Wanita Sensitif :
Wanita yang sensitif bukanlah bermaksud suka merajuk , tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

Wanita Cerewet :
Wanita yang cerewet bukanlah FUSSY tak tentu pasal, kadangkala ,mereka ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala .

Wanita Halus :
Wanita yang sifatnya halus ibarat sehelai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

Wanita Ikhlas :
Sifat keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui .

Pengorbanan Wanita :
Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . Wanita amat tabah .

Wanita Prihatin :
Wanita sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Wanita Manja :
Walaupun seseorang wanita itu pandai berdikari, naluri seorang wnaita masih lagi tetap seorang wanita, suka bermanja hanya kepada insan yang bernama lelaki , namun juga sesama kaum .

Wanita Ego :
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai .


Cinta Wanita :
Cinta pertama bagi seseorang wanita biasanya adalah yang paling dalam dan tulus

Hubungan Seks Wanita :
Hubungan seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal . Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja . Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu . Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkan .

- Hati wanita itu sepertinya kaca,mudah berderai namun mampu menghiris..-

Friday, February 10, 2012

suami dan isteri =)

assalammualaikum..
entry yang senget hari ni =)

++++++++++++++++++++++

Kalau Mati, Abang Kahwin Lagi Tak?

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang bagi ke dia duduk di rumah kita.

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ya lah yanggg, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye yanggg, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah yangg. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak atau adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5.. golf set pon tak boleh gak sebab dia kidal…

Isteri: @#$%????!!!!!

HAHA!! Alamak kantoi!

Wednesday, February 8, 2012

bila diam :)

assalammualaikum...
entry cik wawa arini..
' DIAM '
so ley turunkn mata kebawah ckit...
tunduk kepala ckit..
tok bace entry cik wawa ni :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kadang kadang kite hanya perlu DIAM dalam memberi komen
kadang kadang kite hanya perlu DIAM dalam menegur
kadang kadang kite hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat
kadang kadang kite hanya perlu DIAM dalam memprotes
kadang kadang kite hanya perlu DIAM dalam persetujuan
tapi.......
biarlah DIAM kite mereka faham ertinya
biarlah DIAM kite mereka terkesan maknanye
biarlah DIAM kite mereka maklum maksudnye
biarlah DIAM kite mereka terima tujuannye
kerana......
DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin silap diterjemah
DIAM kita mungkin tidak membawa apa apa maksud
maka.......
jika kite merasa DIAM itu terbaik
seharusnya kita DIAM
namun seandainya DIAM kita bukan sesuatu yang bijak
berkatalah sehingga mereka DIAM

renung renung kan..
fikir fikirkan...
assalammualaikum :)

Saturday, February 4, 2012

jangan pikat jika tidak besedia :)

assalammualaikum...
entry cik wawa kali ni..
untuk renung renung pikir pikir :)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

JANGAN pikat wanita kalau anda tak bersedia mencintai dia..
JANGAN buat wanita itu jatuh cinta,jika anda tidak cintakannya..
JANGAN beri harapan kalau anda tak pasti..
JANGAN sakiti hati wanita,jika anda tiada hati padanya...
kerana...
HARAM jika dijadikan wanita itu kekasih,tetapi tiada niat untuk menikahinya :)

HARAM PAHAM! :)

Friday, February 3, 2012

kenapa menangis? :)

assalammualaikum blogger2..stalker2...musuh musuh..cinta cikwawa...kawan kawan :)
entry cik wawa kali ni..nape dia nangis?
nape ekh?
ok!nape wanita menangis?..

+++++++++++++++++

**YA ALLAH kenapa wanita sering menangis?
***jawabNYA :
wanita itu unik
AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak anaknya
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
AKU teguhkan peribadinya untuk berjuang saat lain menyerah
AKU beri dia naluri untuk mencintai anak anak dalam keadaan apa pun
AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman teman atau orang yang ia sayangi
WANITA makhluk kuat..tapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKU beri dia airmata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru..
HARGAILAH DIA!

Thursday, February 2, 2012

kadang kala :)

assalammualaikum :)
b4 cik wawa tido..
teringin n datang idea nk menconteng :)
bukan tok sape sape..
tp tok diri cik wawa sendiri :)
be ALERT

~   ~   ~    ~    ~   ~   ~    ~  

HIDUP ini susah kita nak duga kan?
ye susah!!
kadang kala kita rasa dekat sangat ngan seseorang tu..
tapi sebenarnya jauh sangat.........
walaupun kita dapat genggam tangan dia...
belum tentu hati dia kita dapat selami...
walaupun kita mampu membuatkan dia tertawa..
tapi kita tak tahu apa makna disebalik senyumannya..
bila dia menangis,kita sangka kita lah yang akan dapat memujuknya...
walhal kehadiran kita langsung tak disenangi..
ini lah RENCAH dunia yang mana kita xdapat tahu yang mana satu kawan kita dan yang mana satu lawan kita,sehinggalah kita jatuh tersungkur..
ADAKAH TANGAN DIHULUR ATAU KITA DITINGGALKAN?
ini lah makhluk ALLAH...
ini lah HATI...
ini lah KEWARASAN..
ini lah KEPERIMANUSIAAN..
ini lah SIKAP..dan
ini lah HIDUP!

p/s :renung2kan..assalammualaikum :)
assalammualaikum :)
cik wawa terjumpe satu page ni..
jeng2..pasal hati..
hati manusia kan...
opss!bace la entry bawah tuu..cik wawa copy kn:)
untuk peringatan diri cik wawa sendiri..
KENE KUAT!


Kita perlu akui bahawa hati kita tidak sempurna. Menyedari bahawa hati ini akhirnya milik Allah juga, kita tidak akan dapat mengelak daripada kelemahan dan kekurangan. Memang niat sudah baik untuk menjaga hati dia dan dia, tetapi adakala hati ini perlu 'dibaiki'. Mana tidaknya, Adakala hati ini 'down'. Kadang-kadang jatuh merudum. Semua itu bergantung kepada Allah yang suka memberi ujian, tanda dia sayang akan hamba-hambaNya yang sabar.

Maka kita perlu peka apabila menilai seseorang. Kita kena cepat 'tangkap' bagaimanakah keadaan hatinya pada waktu itu. Adalah satu perangai yang tidak elok apabila kita ini jenis manusia yang hanya mahu terima benda baik sahaja dari orang, sedangkan kita bukan dalam kalangan yang suka memberi! Perangai ini tidak bagus. Kita perlu jadi manusia yang peka terhadap kondisi hati seseorang.

Jika kamu lihat muka dia hari ini muram dan masam, jangan pula kamu mengharapkan kegembiraan darinya. Fahamilah bahawa pada saat itu dia sedang dalam dukacita. Maka pada saat itu, tiba masa kita untuk memegang amanah 'menyediakan hati'. Jadi orang yang banyak mendengar. Banyakkan senyum. Itu lebih baik untuk kondisi hatinya pada waktu itu.

Begitu jugalah apabila suatu masa nanti hati kita pula dirundung duka. Apakah perangai yang sangat mulia pada waktu itu? Bersedia untuk memaafkan. Ya. Itu sangat baik. Maafkan orang-orang disekeliling kita jika pada saat itu kita tidak mampu untuk menggembirakan. Berilah penjelasan tentang keadaan hati kita sejelas mungkin. Hati manusia, siapa jangka.



kekuatan :)

SIAPAKAH wanita cantik itu?
  • Dia melukis kekuatan melalui masalah.
  • Dia tersenyum saat tertekan.
  • Dia tertawa saat hati sedang menangis.
  • Dia tabah saat dihina
  • Dia mempersona kerana memaafkan.
  • Dia mengasihi tanpa balasan
  • Dan dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

ehem...kekuatan yang cik wawa maksud kan..yang kat atas ni la...
walaupun ada masalah tetap kuat..walaupun sedih mampu tersenyum..
tetap tabah walaupun dihina serta direndahkan serendah2nya.....
walaupun hati menangis....tetap mampu tertawa....

..walaupun sakit macam mane sesuatu mudah memaafkan..mengasihi tanpa mengharap balasan...dan terus menghadapNYA dan memohon segala kekuatan..:)...but 1 day..cik wawa nak kan kekuatan ni kekal selama2nya dalam diri cik wawa!be cool!walaupun disaat ape pun:) AMIN 


disable